PERIBAHASA :O
Wednesday, September 24, 2008 @ 09:21
I'm blogging for school purposes. For those non-malays, please skip this post. Kay kay? Unless you have to be like Hui Fang and try reading. Go ahead. Notis: Saya minta perhatian anda, jikalau terdapat kesalahan ejaan atau lain-lain, sila tegur. Makasih:D
Peribahasa bagi Menengah Dua- Air yang dingin juga dapat memadami api
> Perkataan yang lembut juga cepat mendinginkan hati orang yang sedang marah
- Bagai unta menyerah diri
> Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus akan menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan bijak
- Bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
> Perihal seseorang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat
> Perihal sesorang yang telah lama menghidap penyakit
> Tanaman yang tidak tentu hidup matinya
- Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya
> Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal
- Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
> Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan sukar untuk menjadi seorang yang kaya
> Orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang
- Berkerat rotan, berpatah arang
> Putus perhubungan yang tidak dapat disambung semula
- Besar pasak dari tiang
> berbelanja lebih besar daripada pendapatan yang diperoleh
- Buduk lalu, kiambang bertaut
> Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi pada masa kemudian, dapat berbaik-baik semula
- Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas
> Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih tahu memilih yang mana baik atau yang mana buruk untuknya
> Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang pandai
- Jadi umang-umang
> Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat
> Barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainlah pula namanya
- Jauhari juga yang mengenali manikam
> Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat nyang mulia dan dapat menilai keuntungan mutu sesuatu barang
- Kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
> Jika ilmu atau kebolehan kita sikit janganlah kita cuba berbuat orang atau sesuatu yang besar
- Kalau tiada helang, belalang menjadi helang
> Seseorang yang bertindak mengaku bahawa dirinya seorang yang bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.
- Kecil jangan disangka anak, besar jangan disanka bapa
> Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada orang-orang tua sahaja tetapi juga ada pada orang-orang muda
- Lidah bercabang bagai biawak
> Selalu berubah ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya
- Laksan wau melawan angin
> Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah. Jika dilawan binasalah diri.
> Membuat kerja yang tidak mungkin terkerjakan
- Pipit pekak makan hujan
> Seorang yang sangat rajin dalam sesuatu pekerjaan, tiada peduli akan bahaya yang akan timbul pada dirinya
- Seperti api dalam sekam
> Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada ketara pada orang atau berlaku secara diam-diam
- Seperti gergaji bermata dua
> Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan daripada kedua-duanya.
(ELEVEN MORE!)
- Seperti seludang menolak mayang
> Megahkan atau menyombongkan diri
- Seperti gunting makan di hujung
> Seorang yang tiada disangka tetapi dengan sembunyi-sembunyi dan perlahan-lahan dia melakukan perbuatannya
> Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yang tajam tetapi tidak terasa oleh orang lain
- Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
> Terhindar daripada kemalangan/musibah kecil lalu menghadapi kemalanganmusibah yang lebih besar
- Tong kosong nyaring bunyinya
> Sesorang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya
> Orang yang sombong, bercakap besar tetapi tidak berisi/tak bererti
- Tumbuk rusuk
> Memberi wang rasuah
- Umpama air di genggam, tiada tiris
> Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit terbuka tangannya untuk menolong orang yang hidup sengsara
Tambahan untuk Bahasa Melyu Lanjutan- Bagai langau di ekor gajah
> Orang yang selalu mengikut kemahuan orang besar atau orang yang pandai
> Orang yang mengikut-ikut pada seseorang keran kemajaannya
- Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
> Kerja sendiri boleh dibuat di samping membuat kerja kerja orang lain
- Sekali air bah, sekali pasir berubah, sekali air gedang, sekali tepian berganjak
> Apabla bertukar ketua ataupemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berhidup pun berubah juga
- Seperti gajah masuk kampung
> Seseorang yang berkuasa dapat melakukan sekehendak hatinya di kalangan orang yang lemah dan tiada siapa yang boleh menghalangnya
> Orang yang berkuasa masuk ke dalam sesebuah kumpulan orang yang lemah dan dapat melakukan sekehendak hatinya dan tidak ada seorang pun yang berani menegurnya
- Seperti limau masak sebelah, perahu karam sekarat
> Hukuman atau peraturan yang tidak adil kerana orang yang ada kedudukan atau kekayaan dikecualikan
Okay, dah habis. Byebye. By the way, Aliah, Hadi and Haziq, I found where you can get the pictures. There's five different websites. (Thanks to Hafriz for info)
H E R E ! Too many unglam pictures of me. xOOO.
Labels: Malay post, peribahasa, Ramadhan Rocks camp pictures, school
AKI
That's not my real name, but I like it anyway.
Believe in dreams you love so much
Let the passion of your heart make them
real.
- Believe In Dreams, Flyleaf
@twitter
@twitter2
facebook
e-mail
tumblr