Hold on to these moments.

tales| protagonist| intermission

And may you have a good day too, sire.

PERIBAHASA :O
Wednesday, September 24, 2008 @ 09:21

I'm blogging for school purposes. For those non-malays, please skip this post. Kay kay? Unless you have to be like Hui Fang and try reading. Go ahead. Notis: Saya minta perhatian anda, jikalau terdapat kesalahan ejaan atau lain-lain, sila tegur. Makasih:D

Peribahasa bagi Menengah Dua
  1. Air yang dingin juga dapat memadami api
    > Perkataan yang lembut juga cepat mendinginkan hati orang yang sedang marah

  2. Bagai unta menyerah diri
    > Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus akan menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan bijak

  3. Bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
    > Perihal seseorang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat
    > Perihal sesorang yang telah lama menghidap penyakit
    > Tanaman yang tidak tentu hidup matinya

  4. Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya
    > Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal

  5. Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
    > Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan sukar untuk menjadi seorang yang kaya
    > Orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang

  6. Berkerat rotan, berpatah arang
    > Putus perhubungan yang tidak dapat disambung semula

  7. Besar pasak dari tiang
    > berbelanja lebih besar daripada pendapatan yang diperoleh

  8. Buduk lalu, kiambang bertaut
    > Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi pada masa kemudian, dapat berbaik-baik semula

  9. Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas
    > Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih tahu memilih yang mana baik atau yang mana buruk untuknya
    > Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang pandai

  10. Jadi umang-umang
    > Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat
    > Barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainlah pula namanya

  11. Jauhari juga yang mengenali manikam
    > Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat nyang mulia dan dapat menilai keuntungan mutu sesuatu barang

  12. Kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
    > Jika ilmu atau kebolehan kita sikit janganlah kita cuba berbuat orang atau sesuatu yang besar

  13. Kalau tiada helang, belalang menjadi helang
    > Seseorang yang bertindak mengaku bahawa dirinya seorang yang bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.

  14. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disanka bapa
    > Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada orang-orang tua sahaja tetapi juga ada pada orang-orang muda

  15. Lidah bercabang bagai biawak
    > Selalu berubah ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya

  16. Laksan wau melawan angin
    > Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah. Jika dilawan binasalah diri.
    > Membuat kerja yang tidak mungkin terkerjakan

  17. Pipit pekak makan hujan
    > Seorang yang sangat rajin dalam sesuatu pekerjaan, tiada peduli akan bahaya yang akan timbul pada dirinya

  18. Seperti api dalam sekam
    > Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada ketara pada orang atau berlaku secara diam-diam

  19. Seperti gergaji bermata dua
    > Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan daripada kedua-duanya.

    (ELEVEN MORE!)

  20. Seperti seludang menolak mayang
    > Megahkan atau menyombongkan diri

  21. Seperti gunting makan di hujung
    > Seorang yang tiada disangka tetapi dengan sembunyi-sembunyi dan perlahan-lahan dia melakukan perbuatannya
    > Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yang tajam tetapi tidak terasa oleh orang lain

  22. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
    > Terhindar daripada kemalangan/musibah kecil lalu menghadapi kemalanganmusibah yang lebih besar

  23. Tong kosong nyaring bunyinya
    > Sesorang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya
    > Orang yang sombong, bercakap besar tetapi tidak berisi/tak bererti

  24. Tumbuk rusuk
    > Memberi wang rasuah

  25. Umpama air di genggam, tiada tiris
    > Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit terbuka tangannya untuk menolong orang yang hidup sengsara
Tambahan untuk Bahasa Melyu Lanjutan
  1. Bagai langau di ekor gajah
    > Orang yang selalu mengikut kemahuan orang besar atau orang yang pandai
    > Orang yang mengikut-ikut pada seseorang keran kemajaannya

  2. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
    > Kerja sendiri boleh dibuat di samping membuat kerja kerja orang lain

  3. Sekali air bah, sekali pasir berubah, sekali air gedang, sekali tepian berganjak
    > Apabla bertukar ketua ataupemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berhidup pun berubah juga

  4. Seperti gajah masuk kampung
    > Seseorang yang berkuasa dapat melakukan sekehendak hatinya di kalangan orang yang lemah dan tiada siapa yang boleh menghalangnya
    > Orang yang berkuasa masuk ke dalam sesebuah kumpulan orang yang lemah dan dapat melakukan sekehendak hatinya dan tidak ada seorang pun yang berani menegurnya

  5. Seperti limau masak sebelah, perahu karam sekarat
    > Hukuman atau peraturan yang tidak adil kerana orang yang ada kedudukan atau kekayaan dikecualikan
Okay, dah habis. Byebye. By the way, Aliah, Hadi and Haziq, I found where you can get the pictures. There's five different websites. (Thanks to Hafriz for info)
H E R E ! Too many unglam pictures of me. xOOO.

Labels: , , ,